Dikemaskini pada :

PERTANDINGAN KOIR MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH 19 OGOS 2010


Saturday, May 16, 2009

Unit 4 : Pemeliharaan Kebersihan dan Keceriaan Persekitaran




HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA


Hari Alam Sekitar (HAS) atau (World Environment Day (WED)) dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Setiap tahun, hari ini diadakan di bandar yang berlainan dan disambut dengan eksposisi antarabangsa pada minggu 5 Jun. Program Persekitaran PBB (UNEP), juga ditubuhkan pada 1972, menggunakan HAS untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.


KITAR SEMULA







Kenapa mengitar semula?

Mengitar semula mengurangkan masalah tapak pembuangan dan melindungi alam sekitar.Kertas yang dikitar semula hanya memerlukan 50% kurang tenaga dan 75% kurang air berbanding jika kita menghasilkan kertas dari pokok dara.ia juga mengurangkan kira2 91% pencemaran air.
Mengitar semula juga membawa keuntungan.
Agensi kerajaan akan membayar NGO dan sekolah kerajaan dengan kertas yang mereka kitar semula.Keuntungan yang didapati akan dibelanjakan untuk kempen-kempen untuk kitar semula kertas dan sebagainya.
Dengan mengitar semula kita dapat mengurangkan kos pelupusan sampah dan mengurangkan jumlah isipadu sampah di tapak pelupusan sampah.

Kenapa saya perlu menggunakan tong kitar semula?

Barangan berikut harus dibuang ke dalam tong kitar semula.
Kertas fotokopi, kertas pejabat, kertas fotokopi berwarna,kertas nota,
kertas lejar, shredded paper, kad manila, sampul surat, kadbod dan buku telefon.

Kertas kadbod yang besar harus dilipat dan diletak di sebelah tong kitar
semula.Buku telefon yang besar hendaklah dikumpul dalam jumlah yang besar.

Apabila anda mengitar semula kesemua barang buangan, anda akan mendapati
betapa sedikitnya sampah yang anda buang ke tapak pembuangan sampah.tong
sampah anda akan sentiasa kosong.

Apakah yang tidak patut dibuang ke dalam tong kitar semula?
jangan buang apa-apa selain kertas buangan ke dalam tong kitar semula.antara barangan
yang tidak boleh dibuang ke dalam tong kitar semula:

a)pembalut makanan
b)kertas karbon
c)kertas pembalut fotokopi
d)kertas lilin

Apakah yang terjadi kepada kertas-kertas tersebut?
Kertas yang anda kitar semula akan dikumpul oleh pihak perbandaran dan
merekod jumlah kertas yang dikitar semula.kertas-kertas tersebut akan diasingkan
kepada beberapa gred-gred tinggi, kadbod dan kertas buangan campuran.

Mengitar semula tin aluminium

Cuba fikirkan dapatkan RM10 daripada mengkitar semula botol gelas dan tin
aluminium.Adakah anda sanggup mengutip 654 tin aluminium yang beratnya
11kg ataupun 1000 botol gelas yang beratnya 20kg?
Di sini ada beberapa sebab kenapa membeli tin aluminium dan mengitarnya
boleh mengindahkan alam sekitar dan berbaloi dengan wang anda?
*tin aluminium adalah lebih berharga daripada botol gelas
*tin aluminium lebih ringan dan mudah untuk dikendalikan dan jimat tenaga
*menghasilkan tin aluminium baru daripada proses kitar semula menjimatkan tenaga
daripada memproses daripada aluminium mentah.

Malang sekali kerana tidak ada pasaran untuk mengkitar semula plastik.
Wang yang banyak yang besar diperlukan untuk menjalankan kitar semula plastik menyebabkan
ia tidak ekonomikal dan tidak praktikal.walaubagaimanapun, sudah ada
kajian untuk mengitarr semula plastik dengan lebih ekonomik.

Apakah yang harus kita lakukan?
Simpanlah bahan guna semula dan anda boleh membawa bahan-bahan tersebut ke pusat kitar semula di tempat anda.Tentu akan mendapat sedikit keuntungan daripada penjualan bahan tersebut.









CIKGU JR/Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

No comments:

Post a Comment