Dikemaskini pada :

PERTANDINGAN KOIR MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH 19 OGOS 2010


Saturday, May 16, 2009

Unit 5 : Peranan Agensi Tempatan






1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

A. Sejarah

Perkhidmatan bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 anggota. Pada tahun 1946 sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Perkhidmatan Bomba Malayan Union (MUS) ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Perkhidmatan Bomba Malayan Union. MUS berpengkalan di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, perkhidmatan bomba dan penyelamat diserahkan kepada pengurusan kerajaan negeri. Perkhidmatan tersebut kemudian disatukan sebagai satu jabatan persekutuan pada 1 Januari 1976 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Pada 8 Januari 1977, jabatan ini dinamakan semula sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

B. Logo








Keterangan:

Bahagian atas logo Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang memberikan perkhidmatan yang professional. Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta 341 dan juga kemakmuran negara.

Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, melambangkan Jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti ("a golden service") kepada pelanggan dan warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.


C. Piagam bomba

Komitmen kami kepada masyarakat adalah memberi khidmat kebombaan dan penyelamatan yang profesional dan berkesan.

Kami berjanji sentiasa memberi khidmat kemanusiaan

Kami berjanji untuk mempastikan dan menentukan aspek-aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran di bangunan-bangunan sentiasa mematuhi undang-undang.


Kami berjanji sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran kepada orang ramai dengan efektif.


D, Tanggungjawab


1. Mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap

2. Mencegah insiden daripada menjadi besar dengan cara melawan kebakaran,

mengawal kebocoran kimia dan lain-lain situasi berbahaya.

3. Mengumpul maklumat dan mengkaji kemerbahayaan untuk menasihati pihak Polis

supaya tindakan pengungsian (evacuation) kawasan dilakukan.

4. Bekerjasama dengan pihak Polis untuk mengadakan sempadan / zon operasi

(innercordon) disekeliling insiden sebenar bagi membolehkan JBPM melaksanakan

pengawasan dan pengawalan operasi.

5. Memastikan keselamatan kesemua petugas yang terlibat dalam kerja menyelamat.

6. Mengambilkira kesan insiden ke atas alam sekitar dan mengambil tindakan untuk

mengurangkan kesan akibat insiden.

7. Bekerjasama dengan pegawai perubatan insiden dan lain-lain pegawai perubatan

serta dengan pihak ambulan untuk memberikan bantuan kepada mangsa yang

memerlukan dan juga untuk memindahkan pesakit.

8. Membantu pihak Polis untuk mencari mangsa-mangsa yang terkorban.

9. Menjalankan penyiasatan di mana diperlukan dan menyediakan laporan serta buktibukti.

10. Sentiasa bersedia di kawasan insiden untuk mempastikan keadaan selamat dan terkawal.


2. Majlis Daerah

Majlis Daerah ialah nama bagi sebuah kerajaan tempatan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mentadbir kawasan luar bandar di Malaysia.

Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaancukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka. Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlis-majlis daerah. di Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan

A. Tugas

Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence). Namun begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri. Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam. Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut:

  • Kuasa perancang tempatan
  • Kuasa mengeluarkan lesen
  • Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
  • Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)
  • Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
  • Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran)
  • Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudaha-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.

i Alam Sekitar

Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah bidang kuasa mereka. Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembersihan, pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna selain program-program mengindahkan kawasan.

ii. Orang awam

Peranan ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan, perkhidmatan veterinar, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat.

Di samping itu, PBT turut bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan dan sisa pejal, membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, malah menyenggara keseluruhan persekitaran di kawasannya. Pelesenan gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam turut dipertanggungjawabkan kepada PBT.

iii. Sosial

Beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan kemudahan-kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah program kesihatan mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah. Selain itu, mereka turut menyenggara air-air pancut, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahan-kemudahan lainnya serta menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ad hoc di peringkat negeri mahupun daerah.

iv. Pembangunan

Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut. Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan. Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.

B. Bidang kuasa

Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco, kependekan bagi Executive Counciller) yang memegang portfolio kerajaan tempatan. Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status kerajaan tempatan itu. Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar. Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang Di-Pertua. Di Sabah dan Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas Presiden atau Pengerusi. Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat kerajaan negeri.

Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini. Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran. Tidak semua Pegawai daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan sesebuah kerajaan tempatan.


3. Rukun Tetangga

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh Negara.

A. Sejarah

Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat . Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut.

Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

B. Peranan

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.

Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.



JAWAB SOALAN KUIZ DI SINI
Justify Full

No comments:

Post a Comment