Dikemaskini pada :

PERTANDINGAN KOIR MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH 19 OGOS 2010


Wednesday, May 20, 2009

Kenali Budaya Bangsa 2

Unit 7 : Hargai Warisan Budaya Bangsa

Objektif :
1. Mengenali warisan budaya masyarakat Malaysia
2. Hidup bersama dalam masyarakat pelbagai kaum
3. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia


Muzik

Alat-alat muzik terdapat dalam pelabagai jenis dan berbeza mengikut kaum. Di antara alat-alat muzik kaum-kaum di Malaysia adalah seperti :

1. Kompang ( Kaum Melayu )


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.



Kompang



2. Erhu ( KaumCina )

Pengenalan Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Fungsi Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.


Erhu


3. Sapeh ( Sarawak )

Pengenalan Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
Fungsi Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.



Sapeh



4. SOMPOTON ( Sabah )

Pengenalan Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan. Fungsi

Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.

Sompoton

5. Nadaswaram ( Kaum India )




Nadaswaram

2 comments: