Dikemaskini pada :

PERTANDINGAN KOIR MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH 19 OGOS 2010


Thursday, May 21, 2009

Alat Muzik Kebanggaan Kita

bjektif:
  1. Menyenaraikan alat muzik yang terdapat dalam masyarakat kita.
  2. Berbangga dengan keunikan pelbagai alat muzik yang terdapat di negara kita.

1. Perhatikan alat-alat muzik di bawah.


  

  



Alat-alat muzik di atas terdiri daripada:

  1. Gong
  2. Serunai
  3. Nafiri
  4. Gendang
  5. Nakara
Alat-alat ini digunakan dan dimainkan semasa adat istiadat diraja seperti :

  1. Pertabalan Sultan
  2. Perkahwinan diraja
  3. Hari Keputeraan Sultan
  4. Kemangkatan Sultan

Alat-alat ini digunakan dalam permainan NOBAT. Nobat mula digunakan semasa zaman kesultanan Melaka.

Lihat Video Berikut :





Nobat


2. Alat-alat seperti gambar di bawah digunakan dalam gamelan. Gamelan berasal dari Riau-Lingga dan sudah berada di negara kita sejak kurun ke-17 lagi. Gamelan biasanya dimainkan semasa istiadat diraja dan majlis-majlis formal.

Di antara alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan ialah :

 

  1. Gong
  2. Gendang
  3. Banang atau Kromong
  4. Kenung
  5. Gambang kayu
  6. Saron barong
  7. Saron pekin

Lihat video di bawah





Gamelan


LATIHAN ATAS TALIAN

SOALAN 1

Lihat gambar di bawah.






Gambar 1






            Gambar 2






         Gambar 3






Dengan menggunakan enjin gelintar cari maklumat tentang :
  1. Jenis tarian pada gambar di atas
  2. Peralatan yang digunakan
  3. Bila tarian tersebut ditarikan
  4. Tujuan tarian tersebut dipersembahkan

Pastikan anda menyalin semua maklumat yang anda perolehi ke dalam perisian Microsoft Office Word atau lain-lain perisian yang diarahkan oleh guru anda.
Pastikan anda membuat suntingan semula.
Setelah selesai cetak hasil kerja anda.
Kumpulkan semua maklumat yang anda perolehi bermula daripada tajuk-tajuk:
  1. Warisan Budaya Bangsa
  2. Alat-alat muzik
Jadikan maklumat-maklumat tersebut sebagai buku skrap. Hantar kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan anda atau bagi anda yang mempunyai e-mail dapatkan alamat e-mail guru anda, minta bantuan guru anda atau guru ICT anda untuk membuat attachment file dan hantar dengan menggunakan e-mail.


SOALAN 2

Perhatikan video berikut :




Bincangkan dalam kumpulan 

  1. Namakan tarian yang terdapat di dalam video di atas.
  2. Senaraikan alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian tersebut.
  3. Bilakah tarian ini dipersembahkan
  4. Apakah tujuan tarian tersebut dipersembahkan.



5 comments:

  1. cikgu jr dri sek mne?apakah kegunaan nakara?

    ReplyDelete
  2. Nur Hanis AmirahMay 1, 2010 at 4:47 PM

    aper ni? x paam

    ReplyDelete
  3. bes boleh dApat banyak ideA tentang alat muzik

    ReplyDelete
  4. bapak ahhh!!!aku x paham sangat ahh...nakara tu apa?tak pernah-pernah aku dengar pon...apa kegunaannya??

    ReplyDelete